Optimizing FYP Into Journal Publications (FSKM)

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program “Optimizing FYP Into Journal Publications” selama tiga hari pada 10, 23 dan 24 Mac 2021 secara atas talian. Webinar ini dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 8:30 pagi dan dituruti dengan ucapan alu-aluan daripada TREK PJIM&A Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan Professor Dr Muhammad Kamarul Kabilan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Intipati ceramah beliau banyak mendedahkan tentang konsep dan erti sebenar penulisan artikel yang berimpak. Penceramah juga telah memberikan tips dan berkongsi pengalaman beliau dalam menerbitkan penulisan di jurnal berimpak tinggi. Beliau turut mengingatkan para peserta agar berhati-hati dengan Predatory Journal. Webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan berakhir pada pukul 11:15 pagi.

Seterusnya, program ini disusuli dengan bengkel penulisan yang berlangsung pada jam 2.30 petang. Bengkel ini telah dijalankan mengikut lima bidang utama penyelidikan di FSKM iaitu Math Model, Optimization dan Fuzzy untuk Matematik, manakala bagi Sains Komputer, bidang-bidang yang terlibat ialah CS/IT, Multimedia/HCI dan CTN. Bengkel tersebut mempunyai pelbagai slot dengan topik-topik seperti pemilihan jurnal yang tepat dengan bidang masing-masing, dan juga teknik menulis setiap bab daripada laporan FYP ke dalam bentuk artikel jurnal. Pada 24 Mac 2021, bengkel ini telah disudahi dengan topik Getting Ready to Submit: Do’s and Don’ts. Kesemua slot bengkel telah diterajui oleh para pensyarah FSKM yang mempunyai pengalaman meluas dalam penerbitan artikel jurnal. Adalah menjadi harapan fakulti agar dengan penganjuran program ini, ia akan dapat mencapai sasaran penerbitan tahunan di dalam journal berindeks dan prosiding konferen berindeks bagi memenuhi keperluan KPI 2021.

LaTeX Workshop: Writing Thesis in LaTeX for UiTM Students

FSKM UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama RIG Data Miners, telah menganjurkan bengkel “LaTeX Workshop: Writing Thesis in LaTeX for UiTM Students” secara atas talian pada 22/3/2021 9 pagi-1 petang. Penceramah untuk bengkel yang telah dihadiri oleh 250 orang peserta ini ialah Dr Rizauddin Saian, pensyarah FSKM, UiTM Cawangan Perlis. Bengkel ini memberi pengenalan asas dan pendedahan awal kepada para peserta mengenai LaTeX dan kelebihannya. Selain daripada itu, bengkel ini juga mendedahkan para peserta kepada templat LaTeX untuk menulis tesis khas untuk UiTM, yang telah diberi nama uitmthesis, dan dibina oleh penceramah sendiri. Templat uitmthesis adalah berasaskan sumber terbuka dan boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Muat turun templat uitmthesis:
Overleaf: https://www.overleaf.com/latex/templates/universiti-teknologi-mara-uitm-thesis-template-uitmthesis/qhjqxtrvzhsk
GitHub: https://github.com/rizauddin/uitmthesis

FSKM Bersama Komuniti

FSKM Cawangan Perlis telah menjalankan program “FSKM Bersama Komuniti” pada 19 Mac 2021 di Kg. Wai, Kuala Perlis, Perlis. Program ini telah disertai oleh 11 orang sukarelawan bersama-sama dengan penduduk Kg Wai. Para peserta telah berhimpun di rumah pengerusi JPKK Kg. Wai, Puan Nor Siti Hajar Razali pada pukul 3 petang untuk mendengar penerangan daripada Ketua Pusat Pengajian FSKM, Dr Siti Zulaiha Ahmad berkenaan objektif program dan juga program penghasilan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dengan kerjasama Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mereka telah bergerak untuk mengedarkan sumbangan kepada penduduk kampung. Program telah berakhir pada pukul 5 petang hari yang sama. FSKM UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga program ini dapat menyokong usaha kerajaan dalam mengurus dan memerangi wabak covid-19.

Computer Technology Networking (CTN) Webinar: Project Formulation Presentation & Career Talk

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan webinar “Computer Technology Networking (CTN) Webinar: Project Formulation Presentation & Career Talk” pada 22/1/2021-24/1/2021 dengan kerjasama Wireless, Network, Security (WiNetSec) RIG, Cyber Forensic Initiative Group (CyberFIG) dan Unit Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIMA). Peserta webinar ini terdiri daripada para pelajar kursus CSP600 (Final Year Project Formulation) seramai 122 orang. Penceramah jemputan ialah Encik Abdul Hamid Othman (bekas pensyarah FSKM), Encik Mohamad Fuad Awang Kechik (Wintel Specialist IV, Hewlett-Packard) dan Encik Ruzman Shahizan Abdul Rahman (Systems Engineer). Webinar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan ciri graduan yang menepati keperluan industri serta berkemampuan global yang berkeupayaan untuk berkhidmat di organisasi multinasional serta kebolehpasaran di peringkat antarabangsa.

Bengkel Menggubal Soalan, Skema Pemarkahan & Penilaian Secara Atas Talian

Jabatan Sains Matematik dan Statistik, FSKM telah menganjurkan Bengkel Menggubal Soalan, Skema Pemarkahan & Penilaian Secara Atas Talian di Makmal Komputer PDJH 1 pada hari Jumaat, 1 Januari 2021. Bengkel ini telah dihadiri oleh para pensyarah daripada Jabatan Sains Matematik dan Statistik.

Objektif bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah berkenaan kaedah peniiaian secara atas talian. Persembahan telah didahului oleh Puan Jasmani Bidin dan Puan Noorsham Mansor untuk sesi 1 dengan tajuk “Teknik Menggubal Soalan” dan diikuti dengan pembentangan sesi kedua oleh Puan Zurina Kasim dengan tajuk “Skema Pemarkahan”. Pada sebelah petang, pembentangan telah dibuat oleh Dr Rizaudin Saian dengan tajuk “Penilaian Secara Atas Talian”.

Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kebersanan dan kecekapan penilaian semasa bencana Covid-19.

rizauddin

Pelantikan Koordinator Kursus FSKM

FSKM UiTM Cawangan Perlis mengucapkan ucapan tahniah atas pelantikan baharu kepada dua orang koordinator kursus FSKM yang baharu mulai 1/1/2021.

1) Cik Ku Azlina Ku Akil – Koordinator Kursus Program CS143/CS248.
2) Puan Nora Yanti Che Jan: Koordinator Kursus Program CS110/240/245/255/251.

Tahniah diucapkan.

FSKM UiTM Cawangan Perlis juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan Dr. Norfiza Ibrahim dan Encik Khairul Azlan Abd Aziz sepanjang memegang jawatan Koordinator bagi Fakulti Sains Komputer & Matematik.

Terima kasih diucapkan.

Penyerahan tugas Encik Khairu Azlan Abd Aziz kepada Cik Ku Azlina Ku Akil.

Penyerahan tugas Dr Norfiza Ibrahim kepada Puan Nora Yanti Che Jan.

SULAM: Webinar – Kesedaran Keselamatan Siber Bersama Remaja Era Millenial

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk “Kesedaran Keselamatan Siber Bersama Remaja Era Millenial” pada 9 Disember 2020. Program ini adalah sebahagian daripada Projek SULAM. Peserta adalah terdiri daripada 60 pelajar SMK Derma, Kangar, Perlis dan 76 pelajar kursus ITS610 dan ICT652. Peserta program telah diberi pendedahan berkenaan tips keselamatan penggunaan alam siber melalui tiga video klip yang telah dihasilkan sendiri oleh para pelajar kursus ITS610 dan ICT652.

Program ini juga telah dihadiri oleh dua orang guru kaunselor SMK Derma iaitu Puan Noraziyanti Rahim dan Puan Nurul Najha Saidon. Manakala wakil FSKM ialah Dr Aznoora Osman, Dr Nadia Abdul Wahab dan TS Noorfaizalfarid Mohd Noor. Adalah diharapkan bahawa program ini akan menjadi satu platform untuk membantu remaja menjadi pengguna siber yang bijak lagi berhemah.

SULAM: Webinar Alam Siber – Mengancam Atau Terancam

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar bertajuk “SULAM: Webinar Alam Siber – Mengancam Atau Terancam” pada 6 November 2020. Program adalah sebahagian daripada Projek SULAM (Service Learning Malaysia – University For Society) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang berkonsepkan khidmat masyarakat. Ucapan aluan telah diberikan oleh Timbalan Rektor Akademik, Prof Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak. Peserta program ini terdiri daripada 110 orang pelajar yang mengambil kursus ICT652 dan ITS610. Pensyarah yang mengajar ialah Dr Aznoora Osman, Dr Nadia Abdul Wahab dan TS Noorfaizalfarid Mohd Noor. Matlamat program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan peserta mengenai isu, etika dan moral di dalam menjadikan kemudahan ICT dalam kehidupan seharian.

The First International Webinar on Computing And Analytical Sciences

FSKM telah penganjurkan sebuah webinar pada 23 September 2020 bertajuk “The First International Webinar on Computing And Analytical Sciences” dan telah disertai oleh 429 orang daripada Malaysia, Indonesia dan India. Program dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama yang dinamakan sebagai “International Undergraduate Research Colloquium” bermula tepat pada jam 8.30 pagi manakala sesi kedua bersama penceramah jemputan bermula pada jam 2.30 petang. Seramai lima orang penceramah telah menyampaikan syarahan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi (FSKM, UiTM Cawangan Perlis), Prof. Dr. Amlan Chakrabarti (School of Information Technology, University of Calcutta, India), Dr. Evizal Abdul Kadir (Universitas Islam Riau, Indonesia), Prof. Madya Dr. Okfalisa Saktioto (Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia) dan Prof. Madya Dr. Rohaya Latip (Universiti Putra Malaysia, Malaysia). Perasmian majlis telah dilakukan oleh Majlis dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak. Adalah diharapkan program ini dapat mewujudkan jaringan penyelidikan antarabangsa diantara Malaysia, Indonesia dan India, lantas meletakkan FSKM di persada antarabangsa.