Webinar Kesedaran Keselamatan Siber

FSKM, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Webinar Kesedaran Keselamatan Siber pada 29 Jun 2022 di SMK Derm, Kangar, Perlis. Program webinar ini merupakan satu inisiatif fakulti melalui projek SULAM (Service Learning – University for Society) , iaitu khidmat komuniti yang perlu dianjurkan oleh para pelajar universiti untuk masyarakat setempat. Komuniti pilihan kami ialah SMK Derma, Kangar.

SULAM mempunyai fokus utama iaitu memberi impak kepada masyarakat. Ia mementingkan sumbangan universiti dalam meningkatkan pengetahuan atau kemahiran sesebuah komuniti pilihan. Oleh itu, bagi sekolah menengah, tema kesedaran keselamatan siber dipilih kerana remaja, iaitu para pelajar sekolah merupakan antara pengguna utama pelbagai aplikasi atas talian seperti media sosial, online shopping dan permainan atas talian.

Bagi memberi pendedahan tentang bahaya jenayah siber dan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa, program ini menggunakan empat video klip yang telah dihasilkan sendiri oleh para pelajar kod kursus ITS610/ICT652. Topik yang dikupas merangkumi henti sebar berita palsu, terlebih kongsi, awas jenayah siber, dan sindiket penipuan dalam talian – elak jadi mangsa.

Dua aktiviti utama telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti pertama ialah para peserta menonton video klip serta mendengar ceramah ringkas dan diselangi dengan aktiviti permainan dan teka silangkata.

Aktiviti kedua, para peserta dikehendaki menjawab kuiz untuk menguji pengetahuan mereka mengenai jenayah siber.

Hadiah-hadiah menarik telah disediakan kepada para pemenang kuiz tersebut.

Berdasarkan keputusan kuiz dan soalan-soalan santai yang diajukan ketika seminar berlangsung, didapati bahawa webinar ini telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran remaja tentang jenayah siber.

Jalinan Ramadhan 2022

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan sebuah program yang dinamakan Jalinan Ramadhan 2022 pada 19 April 2022 di Rumah Teduh, Kangar, Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Syukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan b. Mohd Ishak dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad, dan juga Koordinator Kursus  Jabatan Sains Komputer, Puan Nora Yanti Che Jan dan Koordinator Kursus Jabatan Sains Matematik dan Statistik, Puan Suzanawati Abu Hasan.

Acara dimulakan dengan penyerahan sumbangan kepada pengurus Rumah Teduh, Bonda Harisun oleh Rektor UiTM. Seterusnya, acara disambung dengan penyerahan duit raya kepada anak-anak Rumah Teduh oleh Timbalan Rektor HEA. Barisan staf Rumah Teduh juga tidak dilupakan di mana Ketua Pusat Pengajian FSKM menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Aktiviti bersama anak-anak dimulakan dengan pertandingan mewarna untuk anak- anak berusia di antara 3 tahun hingga 11 tahun; dan tayangan video “Aritmetik Dalam Al-Quran” untuk anak-anak di antara 12 tahun hingga 18 tahun. Slot pertama untuk aktivi bersama anak-anak ditamatkan dengan permainan “telefon karat” yang turut disertai oleh beberapa orang staf Rumah Teduh.

Aktiviti diteruskan dengan kuiz Kahoot! selepas solat Asar. Slot ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana peserta perlu menjawab soalan berdasarkan tayangan video pada slot pertama tadi. Aktiviti ditamatkan dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Sukarelawan berpeluang untuk lebih mendekati dan meraikan anak-anak istimewa ini semasa Majlis Iftar di mana dua orang anak-anak berusia di bawah 12 tahun ditempatkan bersama-sama dengan seorang sukarelawan untuk berbuka bersama.   Kesimpulannya, program ini telah berjaya menyediakan peluang dan ruang untuk anak-anak istimewa ini bergembira di dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Webinar Statistical Tests for Absolute Beginners using Microsoft Excel: How to Make Comparison using t-Test

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah meganjurkan webinar bertajuk Statistical Tests for Absolute Beginners using Microsoft Excel: How to Make Comparison using t-Test pada 7 April 2022 selama 3 jam bermula pada pukul 9 pagi. Seramai 58 orang peserta telah menyertai webinar ini. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi sepanjang webinar ini. Penceramah untuk webinar ini ialah Puan Balkiah Moktar dan dibantu oleh moderator Puan Suzanawati Abu Hasan. Meraka adalah pensyarah kanan FSKM UiTM Cawangan Perlis..

Pensyarah FSKM Berpencen Tahun 2022

FSKM UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat berpencen kepada Prof Madya Rohana Alias yang telah berkhidmat dan berbakti sekian lama mendidik anak bangsa. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf zahir dan batin. Terima kasih daripada FSKM.

PM Rohana Alias

Skuad Komuniti Prihatin FSKM

Berikutan dengan banjir besar yang telah berlaku di sekitar Selangor, ramai daripada kalangan pelajar FSKM Perlis yang terkesan. Atas rasa prihatin, FSKM UiTM Cawangan Perlis bersama pihak ICAN UiTM Cawangan Perlis telah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan hasil daripada kutipan derma oleh para pensyarah. Satu program yang dinamakan “SKUAD KOMUNITI PRIHATIN FSKM” telah dijalankan untuk misi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada para pelajar FSKM dari kategori B40 yang terlibat dengan bencana alam ini.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk:

  1. Meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan dari bencana alam ini.
  2. Menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan daripada pihak FSKM, UiTM Cawangan Perlis dan UiTM secara umumnya kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
  3. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia.
  4. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu membantu sesama masyarakat.

Webinar: Network Infrastructure and Design (NID) Sharing Session

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk Network Infrastructure and Design (NID) Sharing Session pada 12 Januari 2022. Webinar ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Ts Muhammad Azizi Mohs Ariffin yang merupakan pensyarah Sains Komputer, UiTM Shah Alam. Ts Muhammad Azizi juga mempunyai kepakaran dalam bidang rangkaian dan keselamatan siber. Kandungan sesi perkongsian lebih tertumpu kepada cabaran dalam menghasilkan prasarana perangkaian yang selamat dan memenuhi kehendak semasa dan akan datang di dalam merekabentuk dan mengurus perangkaian. Merekabentuk prasaranan perangkaian yang selamat dan mudah diurus dan ditadbir serta selamat adalah perlu diberi perhatian utama di samping memenuhi kehendak pelanggan. Seramai 80 peserta telah menyertai webinar ini yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus Network Infastructure Security (ITT585) and Network Design and Management (ITT550) dan pensyarah. Perkongsian pengalaman ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan ciri graduan yang menepati keperluan industri serta berkemampuan global yang berkeupayaan untuk berkhidmat di organisasi multinasional serta laku di pasaran antarabangsa.

Majlis Apresiasi & Tautan Silaturahim FSKM 2021

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Tautan Silaturahim FSKM 2021 pada 17/12/2021 di Hotel Savana, Kuala Perlis. Majlis Apresiasi & Tautan Silaturahim FSKM 2021 ini telah dianjurkan untuk menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli fakulti dalam mencapai kpi fakulti bagi tahun 2021. Selain daripada itu, majlis ini dapat merapatkan silaturahim sesama ahli fakulti setelah sekian lama tidak bertemu lantaran pkp berikutan penularan covid-19 sepanjang tahun 2020 dan 2021. Adalah diharapkan agar aktiviti ini dapat menjadi pembakar semangat kepada ahli fakulti untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menjayakan kpi fakulti bagi tahun 2022.

International C-PROM 2021

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan International Competitive Programming & Multimedia Competition (International C-PROM 2021) pada 4 Disember 2021 secara atas talian menggunakan platfom Cisco Webex dan Live Streaming dari Facebook page iCPROM. International C-PROM 2021 adalah merupakan acara tahunan FSKM UiTM Cawangan Perlis. Rakan strategik penganjuran untuk tahun 2021 terdiri daripada pelbagai universiti daripada dalam dan luar negara iaitu UM, UniKL, UUM, UniMAP, PTPM USM, Politeknik, Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSAS), Universitas Islam Riau (UIR)  dan Universitas Gadjah Mada (UGM).

Pertandingan ini telah disertai oleh 49 pasukan dari UiTM Cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Shah Alam, Melaka, dan Sarawak, termasuk pasukan dari Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universitas Islam Riau (UIR) dari Indonesia. Sebelum pertandingan berlangsung, satu bengkel multimedia telah diadakan pada 23 Oktober 2021 untuk para peserta pertandingan multimedia dan pelajar sekolah sekitar Perlis. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Encik Abdul Hapes Mohammed. Bengkel ini telah diadakan menerusi platform Google Meet dan disertai oleh 78 orang peserta.

Bengkel Pengaturcaraan juga telah diadakan pada 14 November 2021 untuk para peserta pertandingan pengaturcaraan. Penceramah untuk bengkel ini ialah Puan Mahfudzah Othman. Encik Mohd Shahril Zainol Abidin dari F-Secure Corporation Sdn Bhd juga dijemput menyampaikan ceramah dan berkongsi teknik dan tip kepada peserta. Bengkel ini diadakan menerusi platform Google Meet dan disertai oleh 83 orang peserta.

Pertandingan pengaturcaraan telah disertai oleh 15 pasukan dari UiTM Cawangan Perlis dan UIR. Buat pertama kali, pertandingan  pengaturcaraan telah diadakan secara online menggunakan sistem DOMjudge dan web hosting Digital Ocean (langganan percuma). Juri pertandingan adalah pensyarah dari UiTM Cawangan Perlis. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

TEMPATNAMA PASUKANUNIVERSITI
1TuringUiTM Cawangan Perlis
2Newbe PragrammerUniversitas Islam Riau (UIR)
3Alpha BetaUiTM Cawangan Perlis

Pertandingan Multimedia pula disertai oleh 34 pasukan dan tema pertandingan kali ini adalah Covid-19 Please Stay Safe. Pertandingan multimedia diadili oleh juri yang dilantik dari kalangan pensyarah UiTM Cawangan Perlis dan wakil dari Rakan Stategik dalam dan luar negara. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

TEMPATNAMA PASUKANUNIVERSITI
14JoyUiTM Cawangan Perlis
2Sisters careUiTM Cawangan Perlis
3Ptoon StudioPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin

Semoga International C-PROM 2021 dapat memberi pengalaman kepada para peserta dalam menyertai pertandingan dalam bidang pengaturcaraan dan multimedia di peringkat antarabangsa dan pengalaman ini.

Online Database System using PHP & MongoDB

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan bengkel “Online Database System using PHP & MongoDB” pada 23-24/11/2021 secara atas talian. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada Online Database System dan juga MongoDB. Pemahaman tentang MongoDB Query Language dan Operasi CRUD juga di perkenalkan.

Penceramah jemputan untuk bengkel 2 hari ini ialah Dr. Khairul Anwar Sedek. Bengkel ini diadakan menerusi platform Cisco Webex dan 125 seramai orang peserta yang berdaftar dari pelbagai universiti seluruh Malaysia. Peserta yang mendaftar terdiri daripada 90 pelajar jurusan Sains Komputer UiTM Perlis dan juga 35 pensyarah/pelajar dari luar/dalam UiTM Perlis. Bengkel ini di bahagikan kepada 6 sesi di mana sesi 1 hingga sesi 4 diadakan pagi hari pertama, manakala sesi 5 dan 6 pada hari kedua.

Pada hari pertama, bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran kehadiran para peserta bermula jam 8.30 pagi. Pada di jam 9.00 pagi, sesi pertama program di mulakan dengan pengenalan kepada MongoDB dan Data Modelling. Sesi kedua bermula pada 10.45 pagi dengan topik Memahami Mongo Query Language dan Operasi CRUD. Sesi ketiga membincangkan PHP-Mongo-CRUD operations sehingga jam 5 petang.

Pada hari kedua bengkel, sesi pagi sehingga tengah hari membincangkan sambungan topik PHP-Mongo-CRUD operations. Pada sebelah petang pula, penceramah membincangkan MongoDB Relationship.

Bengkel diadakan secara hands on dan bahan-bahan serta maklumat bengkel disediakan oleh penceramah. Peserta bertanya soalan secara terus kepada penceramah untuk lebih memahami PHP-MongoDB, sepanjang bengkel berjalan. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang, 24 November 2021.

Webinar “Fuzzy Multi-Criteria Decision Making”

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar pada 23/11/2021 secara atas talian bertajuk “Fuzzy Multi-Criteria Decision Making”.

Webinar ini diadakan untuk memberi pengenalan mengenai Fuzzy Multi-Criteria Decision Making. ‘Fuzzy Multi-Criteria Decision Making’ (MCDM) merupakan suatu model Matematik dalam bidang sains pembuatan keputusan. Ia digunakan untuk membuat penilaian terhadap alternatif yang melibatkan lebih daripada satu kriteria. Model ini mengambil kira kesamaran dan ketidakpastian dalam pemikiran dan perasaan manusia. Fuzzy MCDM telah digunakan dalam banyak bidang penyelidikan.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Fazril Izhar Mohd Idris, pensyarah kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Webinar ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM.