Internship UIR3.0 UiTM ke UIR

Seramai 34 orang pelajar UiTM Cawangan Perlis telah berlepas ke Pekanbaru, Indonesia untuk menjalani latihan industri di Universitas Islam Riau, Indonesia pada 16/7/2019.

Para pelajar telah disambut oleh Wakil Rektor I, Dr. H. Syafhendry, MSi, Wakil Rektor III, Ir Rosyadi, MSi dan Dekan Fakultas Pertanian Dr Ir Ujang Paman di Bangunan Rektorat, UIR.

Enam orang daripada 34 orang para pelajar tersebut adalah pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Tiga orang daripada jurusan Matematik dan tiga lagi daripada jurusan Teknologi Maklumat. Mereka akan menjalani latihan industri di Fakultas Teknik Informatika, UIR.

More Pictures

REMACS 2.0

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan REMACS 2.0 pada 24/5/2019. REMACS 2.0 ialah suatu platform yang telah disediakan untuk para pelajar mempamerkan hasil kerja projek tahun akhir mereka. Projek yang dipengerusikan oleh Puan Norwaziah Mahmud ini telah disertai oleh para pelajar daripada pelbagai program FSKM UiTM Cawangan Perlis. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Zakaria Mat Arof, Timbalan Rektor HEA, UiTM Cawangan Perlis.

More Pictures

Visiting Prof / Fellow UIR to UiTM 28/4/2019-3/5/2019

Seramai 9 orang pensyarah dan 2 orang staf pentadbiran daripada Universitas Islam Riau telah hadir sebagai Profesor/Fellow pelawat di UiTM Cawangan Perlis pada 28/4/2019-3/5/2019.

28/4/2019 Ketibaan

29/4/2019

1000-1300 Bilik Latihan Pentadbiran Majlis Pembukaan

1430-1620 BK11 Sindi Amelia – Mathematical Logic

30/4/2019

0800-1000 Bilik Latihan Pentadbiran Dr. Arbi Hasa Nasution – Bilingual Lexicon Induction Framework for Closely Related Languages

1430-1630 Bilik Latihan Pentadbiran Dr. Arbi Hasa Nasution – Natural Language Processing (Sentiment Analysis)

1430-1630 A201 Sindi Amelia – Calculus 2

2/5/2019

0800-1030 A001 Dr. Arbi Hasa Nasution – Android Apps Development with Sencha

0800-1130 Bilik Latihan Pentadbiran Sindi Amelia – Proving Techniques

1430-1630 Bilik IT, PDJH.
Dr. Arbi Hasa Nasution – Neo4j – A Graph Database in the Era of Big Data

FSKM Run 2.0

FSKM telah menganjurkan FSKM RUN 2.0 pada 20 April 2019 dan telah disertai oleh 750 pelajar dan pensyarah FSKM. Program ini telah dirasmikan dan dilepaskan oleh YBrs. Tuan Rektor pada pukul 0746 pagi. Jarak larian ialah 2km di dalam UiTM Cawangan Perlis. Acara senamrobik telah dijalankan selepas larian secara bersama dengan program Hari Pensyarah di Padang Rani UiTM Cawangan Perlis.

More Pictures

Kejohanan Bola Sepak Antara Fakulti Piala Rektor UiTM Perlis 2019

Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Antara Fakulti Piala Rektor UiTM Perlis 2019 telah berlangsung pada 16 April 2019 di Pusat Sukan, UiTM Cawangan Perlis. Perlawanan ini telah dimulakan pada pukul 8:30 malam. Pasukan Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah bertanding di dalam perlawanan akhir ini menentang Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan telah menjadi Naib Johan pertandingan.

More Pictures

REMACS 2018

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan REMACS 2018 pada 8/12/2018. REMACS 2018 ialah suatu platform yang telah disediakan untuk para pelajar mempamerkan hasil kerja projek tahun akhir mereka. Projek yang dipengerusikan oleh Cik Ku Azlina Ku Akil ini telah disertai oleh seramai 105 orang pelajar daripada pelbagai program FSKM.

More Pictures