Webinar “Fuzzy Multi-Criteria Decision Making”

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar pada 23/11/2021 secara atas talian bertajuk “Fuzzy Multi-Criteria Decision Making”.

Webinar ini diadakan untuk memberi pengenalan mengenai Fuzzy Multi-Criteria Decision Making. ‘Fuzzy Multi-Criteria Decision Making’ (MCDM) merupakan suatu model Matematik dalam bidang sains pembuatan keputusan. Ia digunakan untuk membuat penilaian terhadap alternatif yang melibatkan lebih daripada satu kriteria. Model ini mengambil kira kesamaran dan ketidakpastian dalam pemikiran dan perasaan manusia. Fuzzy MCDM telah digunakan dalam banyak bidang penyelidikan.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Fazril Izhar Mohd Idris, pensyarah kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Webinar ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM.

Bengkel ToT Big Data

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel ToT Big Data pada 21-21/9/2021 dan 28-29/9/2021. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang peserta, di mana ianya telah dibahagikan kepada dua (2) sesi. Sesi pertama melibatkan seramai 25 peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada UiTM seMalaysia dan juga pihak industri. Sementara sesi yang ke dua pula melibatkan seramai 30 pelajar yang sedang mengikuti program CS240 (Ijazah Sarjanamuda Teknolgi Maklumat).

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Khairul Anwar bin Sedek, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Metematik, UiTM Cawangan Perlis. Di antara kandungan bengkel yang telah dijalankan adalah sesi ceramah, perbincangan dan latihan untuk memperkasakan pemahaman para peserta. Setiap sesi bengkel telah berjalan selama dua (2) hari. Bengkel ini telah dijalankan secara dalam talian (online) dimana para peserta telah mencapai sistem komputer di dalam makmal komputer Big Data secara kawalan jauh (remote access). Ini adalah disebabkan oleh keperluan komputer spesifikasi tinggi untuk menjalankan perisian yang digunapakai.

Gegar RIG: Semarak Penyelidikan Satu Pensyarah Satu Proposal

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program “Gegar RIG: Semarak Penyelidikan Satu Pensyarah Satu Proposal” yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 1 – 3 september 2021 secara atas talian. Program ini telah dihadiri oleh para pensyarah FSKM dan dirasmikan oleh KPP FSKM, Dr. Siti Zulaiha binti Ahmad. Pada sebelah pagi iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari, bengkel dimulai dengan slot – slot dari barisan penceramah yang telah dijemput mengikut tajuk pengisian masing – masing . Seterusnya, pada pukul 3.00 – 5.00 petang, bengkel diteruskan dengan slot kerja berkumpulan iaitu para pensyarah FSKM menyambung penulisan proposal dengan memanfaatkan perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah pada sesi pagi dengan bimbingan mentor mengikut bidang masing-masing. Penceramah untuk program ini ialah Prof. Madya Ts. Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Dr Rizauddin Saian, Dr Wan Izhan Nawawi Wan Ismail dan Prof. Madya Dr Nafisah Mohd Osman.

Pensyarah FSKM Berpencen Pertengahan Kedua Tahun 2021

Dr. Noraini Noordin

FSKM UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat berpencen kepada pensyarah yang telah dan akan berpencen pada pertengahan pertama tahun 2021. Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Noraini Noordin yang telah berkhidmat dan berbakti sekian lama mendidik anak bangsa. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf zahir dan batin. Terima kasih daripada FSKM.

Seminar Research and Innovation in Computer Science (RICS2021)

FSKM telah menganjurkan seminar Research and Innovation in Computer Science (RICS2021) secara atas talian pada 13/8/2021. Seminar ini telah dihadiri oleh 92 orang pelajar dan telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian FSKM, UiTM Cawangan Perlis, Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad. Turut hadir ialah penasihat untuk seminar ini iaitu Ts. Dr Abidah Hj Mat Taib dan Dr. Aznoora Osman.

Penceramah jemputan ialah Ts. Amir Haris Ahmad, Pengarah Syarikat DNSVault Sdn. Bhd, yang juga merupakan alumni program Diploma Sains Komputer (CS110) UiTM Cawangan Perlis. Beliau memberikan motivasi dan pendedahan tentang kerjaya dalam bidang pengkomputeran dan keselamatan data dan perangkaian.

Seminar RICS2021 merupakan satu program yang dirangka dengan menggabungkan pertandingan projek inovasi dan ceramah kerjaya. Ia bertujuan untuk mempamerkan beberapa projek tahun akhir (final year project – FYP) yang terbaik dalam kalangan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Data dan Perangkaian. Dr. Aznoora Osman, selaku Koordinator FYP bagi CS240 telah memberikan pengenalan ringkas tentang FYP di FSKM dan matlamat pertandingan inovasi tersebut.

Dalam aktiviti ini, enam video klip tentang produk inovasi hasil daripada FYP telah dimainkan. Video-video ini terpilih hasil daripada penilaian juri dalaman. Antara kriteria penilaian ialah kualiti inovasi yang dihasilkan dari segi gabungan teknologi, serta sumbangannya kepada masyarakat dan negara. Kualiti video turut menjadi salah satu kriteria penting dalam penilaian kerana video yang disusun atur kemas, mempunyai elemen multimedia yang ringkas tetapi elegan, serta lengkap dengan penerangan bersuara adalah lebih mudah difahami dan menarik perhatian sesiapa yang menontonnya.

Seterusnya, para hadirin dapat mendengar ceramah kerjaya daripada penceramah jemputan. Penceramah telah memperkenalkan latar belakang beliau dari segi pendidikan dan pengalaman kerja serta kejayaan yang beliau perolehi terutamanya berkaitan produk inovasi. Beliau turut mendedahkan tentang teknologi terkini yang harus dikuasai oleh graduan kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga mahir yang boleh membangunkan perisian dan sistem dengan menggunakan Big Data, Artificial Intelligence, Machine Learning, Mobile Platform dan sebagainya. Ia merupakan satu sesi yang amat bermanfaat, dan menginspirasikan, terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal memulakan latihan industri tidak lama lagi.

Pensyarah FSKM Berpencen Pertengahan Pertama Tahun 2021

FSKM UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat berpencen kepada pensyarah yang telah dan akan berpencen pada pertengahan pertama tahun 2021. Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rudzah Lebai Talib, Puan Noorsham Mansor dan Prof. Madya Dr. Mohd Aisha Nuddin Abdul Jalil yang telah berkhidmat dan berbakti sekian lama mendidik anak bangsa. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf zahir dan batin. Terima kasih dari FSKM.

Pelantikan Koordinator Kursus Program CS143/CS248 2021 – Puan Suzanawati Abu Hasan

Puan Suzanawati Abu Hasan telah dilantik sebagai koordinator kursus program CS143/CS248 bermula 1 Jun 2021 menggantikan Cik Ku Azlina Ku Akil. FSKM mengucapkan selamat bertugas kepada Puan Suzanawati.

Selain daripada itu, FSKM UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat bakti Cik Ku Azlina sebagai koordinator kursus FSKM.

Webinar: Society, Ethical and Profesional Issues in Information Technology

FSKM telah menganjurkan program “Society, Ethical and Profesional Issues in Information Technology” secara atas talian pada 28/5/2021. Program ini merupakan satu inisiatif fakulti melalui projek SULAM (Service Learning – University for Society), iaitu khidmat komuniti yang perlu dianjurkan oleh para pelajar universiti untuk masyarakat setempat di SMK Derma, Kangar. Seramai 78 orang pelajar SMK Derma telah menghadiri program ini dengan diiringi oleh dua orang guru kaunselor mereka iaitu Puan Noraziyanti Rahim dan Cik Nurzatun Ali.

SULAM mempunyai fokus utama iaitu memberi impak kepada masyarakat. Ia mementingkan sumbangan universiti dalam meningkatkan pengetahuan atau kemahiran sesebuah komuniti pilihan. Oleh itu, bagi sekolah menengah, tema kesedaran buli siber dipilih kerana remaja, iaitu para pelajar sekolah merupakan antara pengguna utama pelbagai aplikasi atas talian seperti media sosial dan permainan atas talian. Bagi memberi pendedahan tentang bahaya buli siber dan langkah-langkah untuk menangani buli siber, program ini menggunakan empat video klip yang telah dihasilkan sendiri oleh para pelajar kod kursus ITS610/ICT652. Pensyarah yang terlibat ialah Dr Aznoora Osman dan Dr Nadia Abdul Wahab.

Dua aktiviti utama telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti pertama ialah para peserta menonton video-video tentang apa itu siber buli, contoh-contoh kes buli siber, bahaya dan kesan buli siber, dan bagaimana untuk menangani buli siber. Aktiviti kedua, para peserta dikehendaki menjawab dua kuiz untuk menguji pengetahuan mereka mengenai buli siber, sebelum dan selepas program dijalankan. Hadiah-hadiah menarik telah disediakan kepada para pemenang kuiz tersebut.

Program seperti ini akan diteruskan lagi pada semester hadapan, dengan pelbagai topik berkaitan alam siber kerana ia dapat menjadi satu platform untuk membantu remaja menjadi pengguna siber yang bijak dan berhemah.

Bengkel Asas SPSS

FSKM telah menganjurkan Bengkel Asas SPSS secara atas talian pada bulan April 2021. Seramai 104 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini adalah pengenalan dan persedian untuk menggunakan perisian SPSS untuk memprocess dan menganalisa data-data. bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar prasiswazah, pelajar pascasiswazah, ahli penyelidik dan pensyarah. Bengkel ini dibahagikan kepada tiga siri iaitu siri 1, siri 2 dan siri 3, dan telah dijalankan pada 9/4/2021, 16/4/2021 dan 23/4/2021. Dua penceramah mengendalikan setiap siri:
Siri 1: Puan Norwaziah Mahmud dan Puan Nuridawati Baharom
Siri 2: Prof Madya Rohana Alias dan Puan Siti Nor Nadrah Muhamad
Siri 3: Puan Balkiah Moktar dan Puan Nor Azriani Mohamad Nor.