Lawatan Akreditasi Penuh Daripada Malaysia Board of Technologists (MBOT) ke KPPIM, UiTM Cawangan Perlis

Pada 20 dan 21 Mac 2024, KPPIM, UiTM Cawangan Perlis telah menerima kunjungan penilai-penilai daripada Malaysia Board of Technologist (MBOT) untuk menilai 3 program Sains Komputer iaitu; Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (CS240), Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik (CS251), dan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Rangkaian Komputer (CS255).

Sekalung ucapan terima kasih, syabas dan tahniah atas kerjasama yg telah diberikan oleh semua warga UiTM Cawangan Perlis! Doa dan tawakal semoga KPPIM berjaya lulus dgn cemerlang hasil daripada lawatan ini.