Seminar Keselamatan Perkakasan Komputer dan Remaja Celik AI

Pada 6 Januari 2024, KPPIM telah menganjurkan program SULAM khidmat masyarakat berjudul Seminar Remaja Celik A.I. di Maktab Rendah Sains MARA Arau, Perlis. Seramai 61 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dari bidang Sains Komputer, yang mengambil kursus ICT652 (Ethical, Social and Professional Issues in ICT), telah terlibat sebagai fasilitator dalam program ini. Seramai 3 orang pensyarah Sains Komputer juga turut menjadi penasihat aktiviti dan melawat MRSM Arau ketika program sulam dijalankan.

Antara kemahiran dan perisian yang diajar termasuk chatgpt, gamma ai, dan playground ai dapat memberikan pelbagai aspek dan pendedahan terhadap penggunaan serta konsep asas kecerdasan buatan (AI). Jumlah peserta yang terlibat sebanyak 259 pelajar dari MRSM Arau menunjukkan pelibatan aktif dari pelbagai lapisan komuniti pendidikan dalam pembelajaran berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dalam kursus ini.

Pihak KPPIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MRSM Arau atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan kepada pelajar UiTM sebagai fasilitator. Kami berasa bangga kerana dapat menyumbangkan pengetahuan yang bermanfaat kepada pelajar MRSM.