Berikutan dengan banjir besar yang telah berlaku di sekitar Selangor, ramai daripada kalangan pelajar FSKM Perlis yang terkesan. Atas rasa prihatin, FSKM UiTM Cawangan Perlis bersama pihak ICAN UiTM Cawangan Perlis telah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan hasil daripada kutipan derma oleh para pensyarah. Satu program yang dinamakan “SKUAD KOMUNITI PRIHATIN FSKM” telah dijalankan untuk misi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada para pelajar FSKM dari kategori B40 yang terlibat dengan bencana alam ini.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk:
- Meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan dari bencana alam ini.
- Menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan daripada pihak FSKM, UiTM Cawangan Perlis dan UiTM secara umumnya kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
- Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia.
- Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu membantu sesama masyarakat.