FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan bengkel “Online Database System using PHP & MongoDB” pada 23-24/11/2021 secara atas talian. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada Online Database System dan juga MongoDB. Pemahaman tentang MongoDB Query Language dan Operasi CRUD juga di perkenalkan.
Penceramah jemputan untuk bengkel 2 hari ini ialah Dr. Khairul Anwar Sedek. Bengkel ini diadakan menerusi platform Cisco Webex dan 125 seramai orang peserta yang berdaftar dari pelbagai universiti seluruh Malaysia. Peserta yang mendaftar terdiri daripada 90 pelajar jurusan Sains Komputer UiTM Perlis dan juga 35 pensyarah/pelajar dari luar/dalam UiTM Perlis. Bengkel ini di bahagikan kepada 6 sesi di mana sesi 1 hingga sesi 4 diadakan pagi hari pertama, manakala sesi 5 dan 6 pada hari kedua.
Pada hari pertama, bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran kehadiran para peserta bermula jam 8.30 pagi. Pada di jam 9.00 pagi, sesi pertama program di mulakan dengan pengenalan kepada MongoDB dan Data Modelling. Sesi kedua bermula pada 10.45 pagi dengan topik Memahami Mongo Query Language dan Operasi CRUD. Sesi ketiga membincangkan PHP-Mongo-CRUD operations sehingga jam 5 petang.
Pada hari kedua bengkel, sesi pagi sehingga tengah hari membincangkan sambungan topik PHP-Mongo-CRUD operations. Pada sebelah petang pula, penceramah membincangkan MongoDB Relationship.
Bengkel diadakan secara hands on dan bahan-bahan serta maklumat bengkel disediakan oleh penceramah. Peserta bertanya soalan secara terus kepada penceramah untuk lebih memahami PHP-MongoDB, sepanjang bengkel berjalan. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang, 24 November 2021.