FSKM UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan program IT Ethics Awareness Day pada 11 dan 14 Mei 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. Kedua-dua program ini melibatkan seramai 73 pelajar program CS240, CS245 dan CS251 di bawah penyeliaan pensyarah Pn. Nor Azzyati Binti Hashim dan Pn. Romiza Binti Md Nor. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang etika dalam penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar sekolah.