Program “I can do it” & Hari bersama PA 2017 telah dijalankan pada 14/5/2017. Program ini telah dihadiri oleh 59 orang pelajar Semester 1 dan 2 FSKM dan dikendalikan oleh Azmi Abu Seman dan Norfiza Ibrahim. Para pelajar telah didedahkan dengan beberapa modul seperti proses belajar, teknik mengambil nota, teknik membaca dan membuat rujukan, teknik ulangkaji, dan teknik menghadapi peperiksaan. Selain daripada itu, pertandingan futsal juga telah diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar.