FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Kepimpinan dan Kemasyarakatan di Pulau Tuba Langkawi, Kedah pada 24 Feb 2017 – 26 Feb 2017. Program ini telah disertai oleh 29 orang pelajar FSKM UiTM Cawangan Perlis dengan diiringi oleh 2 orang pensyarah.
Tujuan program ini ialah untuk menjalankan hubungan kemasyarakatan yang baik dengan penduduk setempat, memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan dan meningkatkan tahap keyakinan diri dalam membentuk moral dan ketrampilan diri dan melatih pelajar untuk memimpin dan mengurus program menerusi sesi perkongsian yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Pulau Tuba.
Program ITT Security Challenge ini telah dilangsungkan pada 9hb Mac 2017 (Khamis) jam 10.30 pagi dan disertai oleh 30 pelajar daripada program CS110 bahagian 5 dan 6 di Makmal Komputer 19, Kompleks Star. Pelajar diberi pendedahan tentang isu-isu keselamatan komputer di dalam program ini.