Seminar Pelaburan 360 Hari yang telah dijalankan pada 19 Januari 2017 adalah bertujuan untuk menerangkan konsep pengurusan risiko pelaburan kepada para pelajar FSKM. Para pelajartelah didedahkan berkenaan kepentingan pengurusan risiko dan pelaburan untuk umur persaraan. Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar untuk melabur di dalam unit amanah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid. Penceramah jemputan adalah daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu En. Abdul Rahman bin Amir.